Elektroforesis
merupakan proses bergeraknya molekul bermuatan pada suatu medan listrik.
Kcepatan molekul yang bergerak pada medan lisrtik tergantung pada muatan, bentuk
dan ukuran.dengan demikian elektroforesis dapat di gunakan untuk separasi
makromolekul (seperti protein dan asam nukleat).posisi molekul yang terseparasi
pada gel dapat di deteksi dengan pewarnaan atau autoradiografi, atau pun
dilakukan kuantifikasi dengan densitometer.
Elektroforesis
untuk makromolekul memerlukan matriks penyangga untuk mencega terjadinya difusi
karena timbulnya panas dari arus listrik yang digunakan. Gel poliakrilamid dan agarosa
merupakan matriks penyangga yang banyak dipakai untuk separasi protein dan asam
nukleat elektroforesis yang dibahas di bawah ini menggunakan matriks berupa gel
poliakrilamida (PAGE=poli-acrilamida gel electrophoresis) untuk separasi sampel
protein.
Banyak molekul biologi bermuatan
listrik yang besarnya tergantung pada pH dan komposisi medium dimana molekul
biologi tersebut terlarut. Bila berada dalam suatu medan listrik, molekul
biologi yang bermuatan positif akan bermigrasi keelektroda negative dan
sebaliknya. Prinsip inilah yang dipakai dalam elektroforesis untuk
memisahkan molekul-molekul berdasarkan muatanya. Oleh karena partikel sol
bermuatan listrik, maka partikel ini akan bergerak dalam medan listrik.
Pergerakan ini disebut elektroforesis. Jika sistem koloid bermuatan negative,
maka pertikel itu akan menuju elktrode positif
Elektroforesis merupakan pergerakan
zat bermuatan listrik akibat adanya pengaruh medan listrik. Pergerakan ini
dapat dijelaskan dengan gaya Lorentz, yang terkait dengan sifat-sifat dasar
elektris bahan yang diamati dan kondisi elektris lingkungan:
F adalah gaya Lorentz, q adalah
muatan yang dibawa oleh objek, E adalah medan listrik
Elektroferesis adalah peristiwa pergerakan partikel koloid yang bermuatan ke salah satu elektroda.
Elektrotoresis dapat digunakan untuk mendeteksi muatan partikel koloid. Jika partikel koloid berkumpul di elektroda positif berarti koloid bermuatan negatif dan jika partikel koloid berkumpul di elektroda negatif berarti koloid bermuatan positif.
Prinsip elektroforesis digunakan untuk membersihkan asap dalam suatu industri dengan alat Cottrell
Elektroferesis adalah peristiwa pergerakan partikel koloid yang bermuatan ke salah satu elektroda.
Elektrotoresis dapat digunakan untuk mendeteksi muatan partikel koloid. Jika partikel koloid berkumpul di elektroda positif berarti koloid bermuatan negatif dan jika partikel koloid berkumpul di elektroda negatif berarti koloid bermuatan positif.
Prinsip elektroforesis digunakan untuk membersihkan asap dalam suatu industri dengan alat Cottrell
1.
Elektroforesis gel poliakrilamid (PAGE)
Prinsip:
Elektroforesis ditakrifkan sebagai
migrasi molekul bercas didalam satu larutan melalui suatu medan elektrik. Jenis
elektroforesis yang paling lazim digunakan untuk protein ialah elektroforesis
zonan (zonal electrophoresis) di mana protein dipisahkan dari satu campuran
yang kompleks kepada jalur (band) melalui migrasi didalam larutan penimbal
berair melalui satu matrik polimer dipanggil gel. Gel poliakrilamid merupakan
matrik yang paling lazim didalam elektroforesis protein, walaupun matrik lain
seperti kanji dan agaros juga digunakan. Matrik gel boleh dibentuk sama ada
didalam tiub kaca atau keping (slab) diantara dua kepingan kaca.
Protein
boleh bercas positif atau negatif, bergantung kepada pH larutan dan pI nya.
Suatu protein bercas negatif sekiranya pH larutan diatas pI nya, manakala suatu
protein itu bercas positif sekiranya pH larutan dibawah pI nya. Banyaknya cas
dan voltan yang diberikan akan menentukan berapa jauhnya suatu protein itu akan
bergerak didalam suatu medan elektrik. Semakin tinggi voltan dan semakin besar
cas yang terdapat pada protein, maka semakin besarlah pergerakan didalam medan
elektrik. Saiz dan bentuk molekul yang menentukan jejari Stokes suatu protein,
juga menentukan jarak pergerakan didalam matrik gel tersebut. Pergerakan
protein perlahan apabila pergeseran molekul meningkat akibat dari mertambahnya
jejari Stokes; dengan demikian, protein yang lebig kecil bergerak lebih pantas
didalam matrik gel. Bagitu juga, pengurangan dalam saiz liang (pore) matrik gel
akan memperlahankan pergerakan.
Didalam elektroforesis
tak-penyahaslian (nondenaturing) atau elektroforesis natif, protein dipisahkan
dalam bentuk aslinya berdasarkan cas, saiz, dan bentuk molekul tersebut. Satu
lagi bentuk elektroforesis yang selalu digunakan bagi pemisahan protein ialah
elektroforesis penyahaslian. Elektroforesis gel poliakrilamid (PAGE) dengan
suatu detergen anion, sodium dodesil sulfat (SDS) digunakan untuk memisahkan subunit
protein mengikut saiz. Protein dilarutkan didalam suatu larutan penimbal yang
mengandungi SDS dan agen penurun, merkaptoetanol atau ditiotreitol, untuk
menceraikan protein menjadi subunit dan menurunkan ikatan disulfat (Rajah 1).
Protein bergabung dengan SDS lalu bercas negartif, dan dipisahkan hanya
berdasarkan saiz.
Tatakerja:
Sebuah pembekal kuasa dan radas
elektroforesis mengandungi matrik gel poliakrilamid dan dua takungan
(reservoir) larutan penimbal adalah diperlukan ubtuk menjalankan satu pemisahan.
Contoh gel keping dan unit elektroforesis ditunjukkan didalam Rajah 2. Sumber
kuasa digunakan untuk menwujudkan medan elektrik dengan menyediakan suatu
sumber arus, voltan atau kuasa yang konstan. Penimbal elektrod mengawal pH bagi
mengekalkan cas yang sesuai pada protein dan menkonduksikan arus melalui gel
poliakrilamid. Sistem penimbal yang biasa digunakan termasuklah penimbal
anionik tris-(hidroksimetil)amino metan dengan gel pelerai (desolving gel) pada
pH 8.8 dan penimbal asetat yang kationik pada pH 4.3.
Matrik gel poliakrilamid terbentuk
melalui pempolimeran akrilamid dengan sedikit (selalunya 5% atau kurang) reagen
pempaut silang (cross-linking) N.N’-metilen-bisakrilamid dengan kehadiran satu
mangkin, tetrametiletilendiamin (TEMED) dan sumber radikal bebas, amonium
persulfat seperti ditunjukkan didalam Rajah 3. Gel boleh disediakan didalam
makmal atau dibeli siap diacu (pre-cast).
Matrik gel tak selanjar
(discontinuous) selalunya digunakan untuk memperbaikki peleraian (resolution)
protein didalam campuran yang kompleks. Matrik tak selanjar terdiri dari satu
gel penimbun (stacking gel) dengan saiz liang yang besar (selalunya 3-4%
akrilamid) dan satu gel pelerai (resolving gel) yang mempunyai saiz liang yang
kecil. Gel penimbun, seperti yang dimaksudkan dengan namanya, digunakan untuk
menimbunkan atau memekatkan protein menjadi satu jalur yang sempit sebelum
protein itu memasukki gel pelerai (Rajah 4). Pada pH 6.8, satu kecerunan voltan
terbentuk diantara ion klorid (cas negatif tinggi) dan glisin (cas negatif
rendah) didalam penimbal elektrod yang bertujuan menimbunkan protein menjadi
jalur-jalur sempit diantara ion-ion. Migrasi kedalam gel pelarian (running gel)
yang mempunyai pH berlainan (pH 8.9) mengganggu kecerunan voltan ini lalu membenarkan
pemisahan protein menjadi jalur-jalur yang diskrit.
Saiz liang gel pelarian dipilih
berdasarkan berat molekul protein yang hendak dipisahkan dan boleh diubah
dengan cara menukar kepekatan akrilamid didalam larutan. Protein selalunya
boleh dipisahkan pada gel pelarian yang mengandungi 4 ke 15 peratus akrilamid.
Kepekatan akrilamid 15 peratus selalunya digunakan untuk memisahkan protein
yang mempunyai berat molekul dibawah 50,000. Protein yang mempunyai berat
molekul lebih besar dari 50,000 lazimnya dipisahkan pada gel yang kepekatan
akrilamidnya dibawah 7 peratus. Satu gel kecerunan (gradient gel) dimana
kepekatan akrilamis meningkat dari atas kebawah gel selalunya digunakan untuk
memisahkan satu campuran protein yang mempunyai banjaran berat molekul yang
luas.
Bagi menjalankan sesuatu pemisahan,
protein didalam penimbal yang sesuai pHnya dimuatkan disebelah atas gel
penimbun. Pewarna penjejak (tracking dye) bromofenol biru ditambahkan kedalam
larutan protein. Pewarna ini molekul kecil yang migrasi terdahulu daripada dan
digunakan untuk memonitor kemajuan sesuatu pemisahan. Selepas sesuatu larian
(run) elektroforesis, jalur-jalur yang terdapat pada gel umumnya divisualkan
dengan menggunakan pewarna (stain) protein seperti Coomassie Brilliant Blue
atau pewarna timah (silver stain). Pewarna enzim spesifik atau antibodi boleh
juga digunakan untuk mengesan sesuatu protein.
Kegunaan:
Elektroforesis selalunya digunakan
untuk menentukan komposisi protein sesuatu produk makanan. Sebagai contohnya,
perbezaan yang terdapat didalam komposisi protein dari protein pekatan kacang
soya dan pekatan protein weiyang dihasilkan melalui teknik pemisahan yang
berlainan boleh dikesan. Elektroforesis boleh juga digunakan untuk menentukan
ketulenan sesuatu ekstrak protein.
SDS-PAGE digunakan untuk menentukan
komposisi subunit sesuatu protein dan untuk menganggar berat molekul subunit
sehingga + 5 peratus ralat, walaupun protein yang bercas tinggi atau
glikoprotein mungkin tertakluk kepada ralat yang besar. Berat molekul ditentukan
dengan membandingkan Rm subunit protein dengan Rm protein piawai yang diketahui
berat molekulnya (Rajah 5). Piawai protein yang disediakan secara komersial
boleh didapati dalam beberapa banjaran berat molekul. Untuk menyediakan satu
lengkok piawai, logaritma berat molekul protein piawai diplotkan melawan
padanan Rm nya. Maka berat molekul protein tak diketahui ditentukan dari Rm nya
dengan menggunakan lengkok piawai.
2.
Pemfokusan Isoelektrik (Isoelectric Focusing)
Prinsip:
Pemfokusan isoelektrik adalah merupakan
satu modifikasi elektroforesis. Dalam kes ini, protein dipisahkan oleh cas
didalam suatu medan elektrik pada matrik gel yang telah diwujudkan kecerunan pH
menggunakan amfolit (ampholytes). Protein difokuskan atau migrasi ke lokasi
didalam kecerunan dimana pH sama dengan pI protein tersebut (Rajah 6).
Peleraian yang diperolehi adalah diantara yang paling tertinggi untuk sebarang
teknik pemisahan protein dan boleh digunakan untuk memisahkan protein yang
mempunyai pI berbeza kurang dari 0.02 unit pH.
Tatakerja:
Satu kecerunan pH diwujudkan
menggunakan amfolit, iaitu polimer kecil (berat molekul kira-kira 5000 dalton)
yang mengandungi kedua-dua kumpulan bercas positif dan negatif. Suatu campuran
amfolit terdiri dari beribu-ribu polimer yang mempamirkan satubanjaran nilai
pK. Amfolit ditambahkan kedalam larutan gel sebelum pempolimeran dijalankan.
Selepas gel terbentuk dan arus dialirkan, amfolit ini bermigrasi lalu membentuk
kecerunan pH; amfolit yang bercas negatif akan migrasi kearah anod, manakala yang
bercas positif kearah katod. Campuran amfolit boleh diperolehi yang merangkumi
banjaran pH yang sempit (2-3 unit) atau satu banjaran yang lebar (pH 3-10) dan
perlulah dipilih untuk digunakan berdasarkan ciri-ciri protein yang hendak
dipisahkan.
Kegunaan:
Pemfokusan isoelektrik merupakan
kaedah pilihan untuk menentukan titik isoelektrik sesuatu protein dan sZt.
Pemfokusan isoelektrik juga digunakan untuk membedakan spesis ikan yang
berhubungan rapat dengan berdasarkan corak proteinnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar